Thursday 9 October 2014

BELI BARANGAN TANPA PERLU KE CHINA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahukah anda bahawa hampir semua barangan yang dijual di Malaysia adalah barangan buatan China? Mengapa China, bukan Thailand, Vietnam dan sebagainya? Di sini, saya akan menerangkan serba sedikit mengapa negara China menjadi pilihan para peniaga mendapatkan barangan dan bagaimana caranya untuk membeli barangan China tanpa perlu ke China.

Apabila sebut sahaja 'buatan China' atau 'Made in China', pasti ramai yang beranggapan bahawa kualiti barangan yang ditawarkan adalah kurang berkualiti dan tidak memuaskan. Ternyata tanggapan sedemikian adalah salah sama sekali.

Pada masa ini, tiada pembekal lain kecuali di negara China yang menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang terendah berbanding di tempat lain di seluruh dunia. China merupakan negara yang memegang status ekonomi paling maju di dunia. Hal ini kerana ramai peniaga mendapatkan barangan dari China oleh kerana kos pengeluaran yang tersangat rendah.

Cuba anda perhatikan beberapa laman web yang menyediakan jualan barangan fizikal dengan harga yang rendah seperti ebay dan lelong.com. Bagaimana mereka mampu menawarkan barangan dengan harga yang tersangat murah dan tinggi kualitinya?
Saya ada jawapannya.

Jawapannya: Kebanyakan peniaga di laman web seperti ini mengambil barangan direct daripada supplier di China. Apa yang menariknya ialah ada di antara barangan yang diambil dari China adalah 50% hingga 90% lebih murah daripada harga di Malaysia.


 Permainan Kanak-Kanak


Aksesori Telefon Bimbit

Kelengkapan Hiasan Rumah

Pakaian

Kasut


Kesemua barangan di atas adalah sestengah daripada beribu barangan yang dikeluarkan di China dengan harga yang tersangat murah daripada harga pasaran.

Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa anda perlu mengimport barangan dari China:
  1. Kos pembuatan yang murah: Kilang-kilang di China menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang paling murah.
  2. Polisi pintu terbuka China: China sekarang sedang aktif untuk meluaskan pasaran ekonomi ke serata dunia.
  3. Mudah berurusniaga: Semua masalah mengenai urusniaga dengan supplier di China akan diterangkan di dalam ebook Jom Import Dari China.
Klik sekarang untuk mendapatkan ebook edisi terhad Jom Import Dari China!!